VIDEO PALING JELAS WAJAH SEBENAR LELAKI INI MENCABUL BUDAK ! . MasyaAllah. Harapkan Pagar, Pagar makan padi. Rupa-rupanya lelaki ini

VIDEO PALING JELAS WAJAH SEBENAR LELAKI INI MENCABUL BUDAK ! . MasyaAllah. Harapkan Pagar, Pagar makan padi. Rupa-rupanya lelaki ini










Sumber : http://kailsejengkal2016.blogspot.my/2016/09/video-paling-jelas-wajah-sebenar-lelaki.html

Misteri 500 Rangka Manusia Terkubur Di Tasik Pergunungan Himalaya Terjawab !! Apa Yang Ditemukan Sangat Mengejutkan Para Pengkaji..

Misteri 500 Rangka Manusia Terkubur Di Tasik Pergunungan Himalaya Terjawab !! Apa Yang Ditemukan Sangat Mengejutkan Para Pengkaji..

Maafkan mama sayang .. Setelah nazak adik Aril Rizqin dijemput ilahi dalam pangkuan ibu (8Gambar)

Maafkan mama sayang .. Setelah nazak adik Aril Rizqin dijemput ilahi dalam pangkuan ibu (8Gambar)


Sungai Buluh : Angkara kereta bapa dihimpit sehingga terbabas dan terbalik didalam longkang yang menyebabkan adik Aril Rizqin berusia 3 bulan NAZAKakibat tercampak setelah bertarung nyawa adik Aril hembus nafas terakhir dipangkuan ibunya.
Kereta Axia yang dipandu bapanya dihimpit oleh sebuah kereta persona Hitam yang mengakibatkan terbabas dan terbalik didalam longkang.
Harian metro melaporakn bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas tercampak dari kereta Perodua Axia dinaiki bersama empat ahli keluarganya yang terbabit kemalangan di Kilometer 433 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Bukit Beruntung, pada 1 tengah hari ini.
Mangsa, Aril Rizqin Redza Shahril dipercayai tercampak bersama ibunya, Rafnah Mongudancgal, 35, di sekitar longkang di lokasi kejadian.







Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, kereta dinaiki lima beranak itu dikatakan dihimpit kenderaan lain hingga menyebabkan ia gagal dikawal dan terbabas ke dalam longkang.
“Ketika kejadian, kereta Axia dipandu Shahril Saleh, 32, (bapa mangsa) bersama isteri dan dua anak lelaki lain yang berada di lorong tengah dihimpit kenderaan dari arah kanan lebuhraya itu.

"Ia mengakibatkan kereta itu hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di bahu jalan hingga menyebabkan bayi berkenaan dan ibunya tercampak keluar," katanya.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada 2.30 petang, manakala semua mangsa lain hanya cedera.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Al fatihah

"Saya Hanya Mampu bagi 10 Orang Anak Makan Nasi Lauk Garam Saja" Tolong Viralkan Ibu Tunggal ini. Nak Raya macam Mana kalau macam ini !

"Saya Hanya Mampu bagi 10 Orang Anak Makan Nasi Lauk Garam Saja" Tolong Viralkan Ibu Tunggal ini. Nak Raya macam Mana kalau macam ini !



GURUN, 25 Mei — Masa depan seorang ibu dengan 10 anaknya begitu kelam akibat kesempitan wang sehingga memaksa mereka memakan nasi digaul dengan garam.


Akibatnya anak Nur Atikah Abdullah, 38, jatuh sakit kerana tiada wang membeli makanan.
“Saya terpaksa menjual tong gas sebagai pertukaran bagi membeli makanan selepas anak menjadi lemah dan terbaring di lantai kerana makan nasi 'berulamkan' garam selama dua hari disebabkan tiada wang untuk membeli makanan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.


Atikah hilang tempat bergantung dan terpaksa menyara anaknya berusia antara dua hingga 22 tahun selepas suaminya menjalani hukuman lapan bulan penjara kerana berniaga tanpa lesen.


Katanya, enam anaknya yang berusia antara 8 hingga 16 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu membayar yuran, selain tiada kenderaan untuk ke sekolah.


“Mereka hanya sempat bersekolah seminggu saja pada awal Januari lalu sebelum wang perbelanjaan kami habis.


“Saya menjual kereta milik suami kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan,” katanya.
Beliau cuba bekerja sebagai pembancuh air di Johor Baru dengan gaji RM80 sehari, namun tidak kekal lama kerana bimbang dengan keadaan anak-anak yang terbiar di rumahnya di sini.
Beliau juga pernah cuba menjalankan perniagaan pakaian bersama rakan, malangnya ditipu pembekal yang bertindak melarikan wang modal.


Walaupun mendapat bantuan bulanan Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) sebanyak RM500, namun jumlah itu tidak cukup untuk menampung keperluan, yang menyewa RM400 sebulan di Taman Murni.


Kisah hidup Atikah yang tersebar melalui WhatsApp mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda yang menghulurkan bantuan segera RM150 serta barang keperluan asas.


Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun anaknya Bank Simpanan Nasional 02116-29-00013459-2 Nurul Nabila Mohamad Haris.

'Tiba-tiba dia masuk rumah tanpa izin, sempat tidur & mengamuk'

'Tiba-tiba dia masuk rumah tanpa izin, sempat tidur & mengamuk'



BEAUFORT, SABAH - Viral di media sosial seorang wanita berpakaian sekolah telah menceroboh rumah beberapa penghuni dan sempat tidur, cetus kebimbangan penduduk di sekitar Beaufort.


Menurut Eda AJ, wanita berumur lingkungan 40-an itu berpakaian sekolah muncul di depan pintu rumah dan cuba menyerahkan beg tangan yang bukan miliknya.


"Muka macam 40-an, pakai uniform sekolah menengah, rambut kerinting, gigi depan rongak dan gaya percakapannya bukan penduduk tempatan.


"Dia main buka saja pintu rumah. Nasib baik ada jeriji besi. Seram mukanya, macam pontianak pun ada.


"Ketika itu saya berada di ruang tamu. Saya tanya apa yang dia mahu, katanya nak beri beg tangan yang kononnya ada orang tinggalkan nak beri pada saya. Saya kata, saya tak pesan apa-apa barang.


Takkanlah saya bodoh mau kasi tinggal barang yang bukan kau punya?


"Dari kata-kata dia itu saya dah rasa lain. Puas saya kata dia salah rumah, dia tetap paksa saya ambil," tulisnya di Facebook Group Beaufort.




Setelah puas menafikan beg itu bukan miliknya, akhirnya wanita itu terus beredar.


Sementara itu, Syasya Ainiey, tampil mendedahkan pernah menjadi mangsa wanita terbabit.


"Sekitar jam 2 petang, dia datang rumah tak beri salam dan tiba-tiba masuk tanpa izin. Sempat tidur lagi dalam rumah. Tiba-tiba dia bangun, mengamuk dan tanya siapa kami?


"Terus dia mengamuk dan mengancam saya," katanya.


Awas kau! Aku datang balik ini malam kasi patah kaki kau...




Ancaman dari wanita itu membuatkan Syasya risau dengan keselamatan keluarganya dan meminta orang ramai berhati-hati dengan wanita terbabit. - The Reporter

VIDEO - Kerana Menanggung Hutang Yang Banyak Kepada Pakistan Yang Menjual Karpet,Akhirnya Si Suami Terpaksa Merelakan Isterinya DITUNGGANG Oleh Pakistan Tersebut Untuk Menlangsaikan Hutang..

VIDEO - Kerana Menanggung Hutang Yang Banyak Kepada Pakistan Yang Menjual Karpet,Akhirnya Si Suami Terpaksa Merelakan Isterinya DITUNGGANG Oleh Pakistan Tersebut Untuk Menlangsaikan Hutang..








'Dah 3 tahun duduk di pondok (buruk) yang anak makcik buatkan ini'

'Dah 3 tahun duduk di pondok (buruk) yang anak makcik buatkan ini'






Oleh Fathen Athirah Mohamad


Assalammualaikum, nak share something with everyone and boleh sama-sama menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.


Seperti biasa, kita ada HMR atau home visit every month untuk patient yang defaulted clinic and tca. Semalam saya ditugaskan untuk melawat beberapa buah rumah pesakit diabetic yang kritikal. Antara beberapa pesakit yang dilawat, ingin saya berkongsi mengenai seorang makcik ini.


Makcik Saniah, ada tiga orang anak. Seorang di Kota Tinggi, seorang anak perempuan dan sorang lagi menetap di luar Johor. Dulu makcik ini duduk bersama anak perempuannya di rumah di bawah bukit. Tetapi diceritakan, dia menetap dengan anaknya itu tidak lama.


Selepas dua tahun berkahwin, si anak meminta ibunya duduk berasingan.


"Berapa lama makcik duduk di pondok ini dan ini pondok apa sebenarnya?" soal saya.


"Makcik dah duduk di pondok ini tiga tahun sejak start insulin dan sejak anak minta duduk berasingan. Pondok ini dia buatkan tetapi itulah, tak ada api (elektrik). Siang makcik duduk di luar dan malam, nyalakan lilin," jawabnya.



View pondok makcik. Laman depan tu kadang tmpat parking kereta anak.

"Kenapa nak duduk berasingan? Habis tu, makan minum dan ubat, makcik jaga sendiri ke? Pagi tadi makan apa ye? Hari ini ada makan ubat tak?" soal saya lagi.


"Dah ada suami ini susah sikit nak duduk bersama makcik. Dulu dia bagi satu bilik tetapi tak tahu kenapa dia suruh kosongkan. Jadinya makcik duduk di pondok atas bukit ini. Makan minum kadang-kadang dihantar ke atas. Ubat makcik ambil sendiri. Anak tak tahu apa-apa," katanya.


Rumah anak makcik ini terletak di bawah bukit. Kalau nak pergi jengah ibunya, dia akan naik ke atas kaki bukit. Ada satu pondok buruk. Anaknya yang buatkan. tetapi tiada bekalan elektrik dan air. Saya nak basuh tangan, tapi buka paip tak ada air. Dalam kolam air tadah, banyak jentik-jentik. Dan tempat itu juga ayam, itik, angsa minum air.




Ruangan dapur bersekali tempat tidur dan berteduh.



Kebanyakannya bekas2 kosong dan lama



Ruangan tempat tidur makcik di dalam 1 ruangan pondok yg sama




Ni sebelah pondok makcik. Tmpat ayam itik angsa.

Doktor tugaskan saya semak pengambilan ubat pesakit ini. Ubat dia memang banyak. Insulin dah 38 unit pagi malam. Then glumet, plus ubat hypertension ada empat jenis dan ubat jantung ada dua jenis. Doktor refer sebab HbA1c tak pernah turun. Selalu above 10 saja. Ubat makin hari makan bertambah.


Saya tanya makcik makan ubat tak? Dia kata makan. Tetapi bila ditanya, rupa-rupanya makcik ini buta huruf dan sebenarnya tak makan ubat pun. Check RBS (random blood sugar), 7.0 mmol. Okaylah tetapi bila tanya breakfast ambil apa? Roti bhai cecah air kosong. Memang lah RBS macam okay sebab makan roti air kosong saja. Makan sehari sekali, itu pun tengok anak nak hantar makanan atau tidak.



Antara ubat2 makcik yg xmakan dan ada yg dh expired



Ni tmpat makcik simpan insulin. Insulin yg belum pakai kena simpan dlm fridge utk jaga stability. Tp makcik xde fridge xde electric.jadinya simpan dlm kotak bekas nyamuk ni je

Senang kata, patient ini tak compliance ubat dan defaulted atas faktor sosial. Nak pergi klinik pun, kadang-kadang anak hantar dan sebalik. Kalau hantar, dibiarnya si ibu berada di klinik sampailah balik kerja.


Saya tak tahu kes ini sehinggalah dia sendiri yang menceritakan kepada saya. Selalu buat home visit, 10-15 minit saja dah selesai. Tetapi dengan kes makcik ini saya mengambil masa sejam. Rasa geram, sedih, menangis semua ada. Lebih-lebih lagi nak puasa ini. Paling sebak bila waktu nak balik, dia minta tolong saya.


"Nak, tolong makcik pergi kedai boleh? Depan itu sahaja. Minta belikan barang," pintanya.


"Nak beli barang apa makcik?" soal saya.


"Tolong belikan lilin. Lilin dah habis, nanti petang gelap rumah makcik, nak," katanya dengan muka syahdu.


Aduh, nak cerita pun menangis. Sampai hati ada anak buat ibunya begini. Bukan dalam drama tetapi dalam kehidupan realiti memang ramai anak lupakan tanggungjawab mereka pada ibu bapa hari ini.


Tempoh hari ada satu kes, kes yang sama tetapi melibatkan si bapa. Rumah anak-anak besar dan mewah di belakang tetapi si bapa duduk dalam rumah buruk yang berlubang-lubang.


Semalam dengan kes kedua makcik Saniah. Anak siap boleh parking kereta Proton Waja dengan satu lagi kereta (milik cucu) depan pondok makcik. Pondok ini bukan sahaja tempat tinggal makcik tetapi dijadikan sebagai tempat parking kereta.


Saya masih tak tahu apa konflik dalam keluarga ini. Mungkin perlu bersemuka dengan anak-anaknya untuk bertanyakan masalah yang dihadapi. Tetapi yang terang lagi bersuluh, makcik ini diabaikan keluarga malah anak-anaknya.


Makan minum ikut nasib. Makcik Saniah tiada suami, duduk berseorangan di pondok buruk. Hujan dan panas berseorangan. Siang bertemankan ayam itik di laman dan malam bertemankan lilin dalam ruang pondok yang kecil dan bersepah.


Saya minta bantuan dari pihak yang sudi membantu.


*Please contact Fathen Athirah Mohamad di Facebook.

Lumrah hidup. Allah nak menguji kita dengan pelbagai perkara. Masih lagi ada yang tidak bersyukur dalam hidup ini. RAsa tidak puas dan tidak cukup dengan apa yang ada. Selalulah ingatkan diri dengan orang yang lebih teruk diuji. Selalu ingatkan diri yang kita perlu menghargai setiap nikmat yang Allah beri.

Anak Lain Semua Berjaya Kecuali Yang no.3. Aku Selalu Perli Dia. Suatu Hari Aku Strok, Apa Yang Dia Buat Menyentuh Hatiku !!!

Anak Lain Semua Berjaya Kecuali Yang no.3. Aku Selalu Perli Dia. Suatu Hari Aku Strok, Apa Yang Dia Buat Menyentuh Hatiku !!!



Anak Lain Semua Berjaya Kecuali Yang no.3. Aku Selalu Perli Dia. Suatu Hari Aku Strok, Apa Yang Dia Buat Menyentuh Hatiku !!! | “Saya ada 4 orang anak, semua berjaya kecuali seorang. Ada doktor, enginer dan lawyer tapi yang no.3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM. Sangat mengecewakan saya. Tuisyen beratus ringgit sebulan tapi hasil tak de. Tak macam abang, kakak dan adik dia dapat straight A.




“Habis sekolah dapat lah kerja kilang. Duduk dengan saya. Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia, ‘tengok macam adik beradik yang lain, semua kerja elok-elok. Kau sorang je kerja kilang. Buat malu keluarga aje.’ Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.

“Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la cikit. Tak juga. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik. Masa ni anak ketiga dah kerja jauh dari rumah.

Anak Berhenti Kerja

“Satu hari anak ke3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa. Dia jawap berhenti keja sebab nak jaga abah. “Kelu lidah saya. Berhemburan air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hinga hari ini. Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dulu.

“Rupanya Allah jadi kan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

“Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya. Mungkin kita tak nampak sekarang, masa depan kita tak tau. Bersangka baiklah dengan Allah.

“Bagi ibubapa yang dapat result anak tak cemerlang, Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhirnya kehidupan. Semoga kisah ini menjadi teladan buat semua. Perkongsian sahabat..

Sumber: Bahagian Dakwah Jakim / malaysiakubaru

Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur…Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!

Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur…Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!



Gambar Sekadar Hiasan

Kerap kali kita merungut dengan harga yang semakin menaik dan kos sara hidup yang tinggi, kita jadi lupa tanggungjawab kita sebagai anak untuk membalas budi ibu kerana perbelanjaan terbatas.

Kisah seorang ibu yang ingin meminjam anaknya duit ini bakal membuatkan anda rasa sebak dan terus hubungi ibu anda yang berada di kampung halaman.

“Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur “

Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya . Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ; “Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur ” Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ; “Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya..” Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan. Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ; – Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus. Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 . 12 bulan X 60 = RM720 Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160

“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”

Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya. Lalu terkenangkan zaman kecilnya. Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang. Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ??? Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA. “Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”

Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa”

Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: “Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do’akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu”. Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata: “Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo’a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian..” Semoga Bermanfaat.

Tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.

Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam di newsfeed anda, jadikan ladang pahala dgn berkongsi ke orang lain. Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri. PARA SUAMI pula , ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka. BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA

Nasi Campur RM32: Bengang Difitnah Sorok Sotong, Lelaki Bakal Saman Pengusaha Warung



Sejak dua hari lepas, kisah seorang lelaki yang dikenakan caj RM 32 untuk sepinggan nasi, seekor udang, dua potong sotong dan sayur kangkung tumis telah menjadi viral. Lelaki itu, Syed Ikram di Facebook, memberitahu terkejut dikenakan caj sebegitu memandangkan nasi campur itu dibeli dari sebuah warung sahaja dan saiz lauk yang diambil juga kecil.


Berikutan itu, pengusaha warung Aziz Satar dan Otak-otak yang terletak di Kuala Kemaman, Terengganu, Liza Musid, 25, mendakwa harga lauk pauk sudah tertera pada sepanduk di kedai makannya, dan pelanggannya sepatutnya menyedari harga yang bakal dikenakan seperti tertera di sepanduk tersebut.


Bagaimanapun, Syed menyatakan melalui akaun Facebooknya yang harga RM 7 ditulis untuk seekor sotong pada sepanduk itu, sedangkan dia hanya mengambil dua potongan sotong seperti yang boleh dilihat pada gambar.


Syed Ikram mendakwa laporan Harian Metro dari pihak Liza tidak benar, dan hari ini Syed memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Liza kerana memfitnahnya.


Dalam laporan yang disiarkan di akhbar Harian Metro semalam, Liza mendakwa:


Selain itu, pelanggan tersebut seolah-olah menyembunyikan sepotong lagi sotong di dalam pinggan nasi yang diambilnya dan saiz udang galah gred A kelihatan lebih kecil dari saiz sebenar dalam gambar yang ditularkannya.


Tidak semua harga makanan yang saya jual di kedai ini mahal, harga nasi campur dengan lauk sayur yang dimakan oleh rakan pelanggan hanya RM 8 berbanding dengannya sendiri.


Sehubungan itu, Syed telah membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan mendakwa tidak akan memaafkan Liza kerana memfitnahnya.


Majoriti netizen menyokong tindakan Syed dan menganggap tindakan pengusaha itu kurang ajar dan tetap ingin menegakkan benang basah sedangkan isu ini tidak perlu dipanjangkan jika pengusaha itu meminta maaf.


Syed juga memberitahu tidak berniat untuk menjatuhkan perniagaan wanita itu, sebaliknya hanya sebagai pemberitahuan kepada orang ramai yang berhasrat untuk makan di warung tersebut.


Namun Syed berasa tercabar bila dikatakan menyorokkan sotong di pinggannya seolah-olah dia tidak tahu halal dan haram.


Setakat ini, Netizen yang mendakwa tinggal di Kemaman memberitahu harga makanan di warung tersebut memang tidak masuk akal tetapi ia sering dikunjungi orang luar yang tidak tahu mengenai harga mahal tersebut. Mereka memberitahu, bagi orang Kemaman sendiri memang mengelak dari makan di di situ, dan memilih untuk makan di gerai yang lebih murah.


Pada pendapat penulis, untuk harga makanan rakan Syed sebanyak RM 8 juga boleh dikatakan mahal jika hanya terdiri nasi dan sayur seperti yang diberitahu Liza. Malah, saiz udang itu juga tidak sebesar mana kerana ia tidak lebih besar dari saiz hidangan kangkung dan seperti sama saiz dengan sepotong sotong yang diambil oleh Syed.


Inilah yang dikatakan orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya


Sumber: amazingnara.com

INSAF..... Dikerjakan 2 Lelaki Negro Hingga Lesu - Pengakuan Isteri Terlanjur Ketika Kursus

INSAF..... Dikerjakan 2 Lelaki Negro Hingga Lesu - Pengakuan Isteri Terlanjur Ketika Kursus





loading...